Friday, July 12, 2019

Aku Si Penguatkuasa DBKL


Hye Assalamualaikum. Saya Mohamad Ilmi Farhan Bin Ismail. Perkerjaan saya sebangai Pembantu Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Saya di tugaskan di Jabatan Penguatkuasaan (JPK), di bahagian Trafik dan unit Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE).
Tugas harian saya adalah memastikan warga kota tidak meletak kenderaan tempat yang menyalahi undamg-undang, terutamanya kenderaan tersebut membuat halangan trafik di tempat awam dan memastikan warga kota membuat bayaran parking apabila meletak kenderaan di dalam kotak parking awam yang tidak berbumbung.
            Dalam tugasan harian saya ini, saya amalkan konsep 3E

Apa itu 3E?

3E adalah Education, Engagement dan Enforcement. 3E adalah sebagai penanda aras untuk saya menjalankan tugas. Dengan konsep ini, terdapat tiga peringkat utama iaitu Pendidikan kepada warga kota, berhubung atau perhubungan yang baik dengan warga kota dan yang ketiga apabila langkah Pendidikan mahupun perhubungan tidak memberi kesan terhadap setiap kesalahan itu, barulah saya mengambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan tersebut. Tindakan yang di ambil oleh saya adalah mengeluarkan kompaun mengikut kesalahan atau tindakan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Dengan konsep ini, saya dapat menjalankan tugas harian saya dengan baik dan dapat mengelak daripada persepsi buruk dari warga kota terhadap pegawai penguatkuasa seperti saya.
            Sekian, itu adalah serba sedikit amalan yang di guna pakai untuk diri saya semasa saya menjalankan tugas sebagai Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)




Ini cerita Faiz

Nama aku Muhammad Faiz Bin Abdul Rahman. Aku dilahirkan di Taiping, Perak pada 1/7/1985. Mempunyai 9 adik beradik dan aku anak yang ke 6. Hobi aku adalah bermain bolasepak dan pasukan kegemaran aku yang pasti Perak The Bos Gaurus dan Manchester United.

Aku bekerja di Kementerian Belia dan Sukan, bermulanya aku bergelar seorang penjawat awam pada tahun 2015 sehingga kini. Pada tahun 2018 aku ditempatkan dibahagian Pejabat Menteri Belia dan Sukan Unit Politik.

Tak banyak nak di ceritakan, tapi ada sedikit gambar untuk tatapan :p


Bersama Menteri Belia dan Sukan, Yb Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman.




Ketika bekerja bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaluddin.


Ini keluarga besar aku.

Nama aku "NajwaN"



Serba sedikit tentang diri aku.

Mempunyai 4 orang adik beradik dan aku anak yang kedua. Kakak,aku dan dua orang adik lelaki. Bapa aku seorang anggota tentera dan ibu pula seorang guru. Pekerjaan bapa sebagai tentera menyebabkan kami sekeluarga sentiasa berpindah dari satu kem tentera ke satu kem tentera yang lain. Sehinggalah bapa aku mengambil keputusan untuk terus menetap di Kluang, Johor setelah menamatkan perkhidmatan sebagai seorang anggota tentera (bersara).






Disebabkan sentiasa berpindah randah kami 4 beradik dilahirkan di negeri yang berbeza. Kakak dan aku dilahirkan di Tawau, Sabah. Manakala dua adik lelaki aku pula dilahirkan di Hospital Terendak, Melaka.


Walaupun lahir di negeri yang berbeza tetapi kami semua mendapat pendidikkan di negeri yang sama iaitu Johor. Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang. Uniknya pendidikan di sini kami ada Sekolah Agama Negeri Johor. Sesi pagi kami akan ke sekolah kebangsaan dan sesi petang sekolah agama. Sekolah agama ni, kalau gagal tidak akan naik kelas. Alhamdulillah aku tak penah gagal. Tingkat 1 hingga 5 pula aku sekolah di SMK Taman Kluang Barat. Habis SPM aku sambung pelajaran perigkat sijil di ILP Pasir Gudang dalam bidang Automotif.


Walaupun aku tamat pengajian dalam bidang automotif tetapi rezeki aku tidak di bidang yang sama. Aku dapat tawaran kerja dengan kerajaan sebagai Konstabel Jabatan PDRM. Sebelum disahkan sebagai konstabel aku kena jalani latihan selama 6 bulan di Pusat Latihan Polis Bakri, Muar, Johor. Berubah sepenuhnya daripada seorang awam kepada penjawat awam beruniform.

Setelah tamat latihan asas kepolisan, aku ditugaskan di Kontinjen Selangor sehingga kini. Bermula dengan penugasan di Balai Polis Seri Kembangan aku berpindah ke Balai Polis Sunway. Aku juga pernah bertugas di Cawangan Kem Komandan IPK Selangor sebelum aku di tempatkan di Cawangan Latihan / Sukan sehingga kini.


Pada tahun 2006 aku mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Dengan usia perkahwinan yang menjangkau 13 tahun aku telah memiliki sepasang cahaya mata yang berusia 12 dan 9 tahun. 



Ok tu sahaja untuk kali ini. moga berjumpa lagi di lain catatan.

TQ kerana sudi membaca ;-)

Monday, July 1, 2019

Coretan

Bismillahirahmanirrahim.

Masing masing datang ke UUM ini dengan matlamat dan cita cita sendiri. Ada yang nak memajukan diri dalam karier masing masing yang memerlukan ijazah, ada yang datang untuk menuntut dan menambah ilmu. Alhamdulillah, sedar sedar dah nak cukup setahun dah bergelar pelajar. Teringat masa mula mula hari pertama mendaftar kat sini, tak kenal sesiapa. Yang kenal cuma Farhan, itu pun sebab memang kawan setempat, satu taman, kenal dari sekolah menengah. 

Hari pertama setelah dah lama tinggal sesi pembelajaran ni, yelah dulu masa menengah terlampau rajin kan. Nak dijadikan cerita, awal awal tu macam benak sikit kepala ni nak terima, tak faham apa. Tau tau dah diberikan tugas @ assignment. Masih nganga, mana nak faham apa yang belajar, tetibe nak kena buat assignment dah. Tapi alhamdulillah, lecturer dan kawan kawan kenalan baru ni amat membantu. Sem pertama berjalan dengan baik. Doakan kami semua berjaya menggenggam segulung ijazah.

Dikala aku menaip, ini lah kerja untuk sem kedua :p

sekian, Shahwal.

Kami Di Hari Raya





Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Semua!!

Aktiviti 2: Nyanyian


05-06 Januari 2019
Aktiviti Nyanyian
Brindly Training & Camp
Port Dickson, Negeri Sembilan

Aktiviti 1: Sesi Senamrobik


05-06 Januari 2019
Aktiviti Senamrobik
Brindly Training & Camp
Port Dickson, Negeri Sembilan

Gambar Yang Di Edit






Maklumat Diri Kami


Nama Penuh : Mohamad Ilmi Farhan Bin Ismail
No Matriks   : 266922


Nama Penuh : Mohd Najwan Shah Bin Jaafar Shah
No Matriks   : 266936


















Nama Penuh : Muhammad Faiz Bin Abdul Rahman
No Matriks   : 266662















 Nama Penuh : Mohd Shahwal Aidil Bin Husin
 No Matriks   : 266634